Terma & Syarat
Kemas kini terakhir: 13 Oktober 2026
Terma ini terpakai kepada semua perkhidmatan Akara Tech MY ("kami"), termasuk pembangunan sistem, laman web, aplikasi mudah alih dan penyelenggaraan. Dengan menerima sebut harga kami, anda ("klien") bersetuju dengan terma ini.
1. Skop kerja
Skop setiap projek ditetapkan dalam sebut harga bertulis. Kerja di luar skop tersebut akan disebut harga dan dicaj secara berasingan selepas dipersetujui oleh klien.
2. Sebut harga
Sebut harga sah selama [30] hari dari tarikh dikeluarkan.
3. Bayaran
- Deposit sebanyak [50]% perlu dibayar sebelum kerja bermula.
- Baki dibayar mengikut milestone yang dinyatakan dalam sebut harga.
- Invois perlu dijelaskan dalam tempoh [7] hari dari tarikh invois.
- Kami boleh menangguhkan kerja jika bayaran lewat.
- Pakej penyelenggaraan bulanan dibayar di awal setiap bulan.
4. Tanggungjawab klien
Klien perlu menyediakan kandungan, akses sistem dan maklum balas dalam masa yang munasabah. Kelewatan maklum balas boleh menjejaskan jadual projek.
5. Hak milik
Kod dan reka bentuk yang dibina khas untuk projek menjadi milik klien selepas bayaran penuh dijelaskan. Perpustakaan sumber terbuka dan komponen umum kekal di bawah lesen asal masing-masing. Kami boleh memaparkan projek dalam portfolio kami kecuali klien meminta sebaliknya atau terikat dengan perjanjian kerahsiaan.
6. Waranti
Kami membetulkan pepijat dalam skop asal secara percuma selama [30] hari selepas sistem diserahkan. Penambahan ciri atau perubahan selepas tempoh ini dicaj secara berasingan atau dilindungi oleh pakej penyelenggaraan.
7. Perkhidmatan pihak ketiga
Hosting, domain, payment gateway dan perkhidmatan pihak ketiga lain tertakluk kepada terma penyedia masing-masing. Kos perkhidmatan tersebut ditanggung oleh klien kecuali dinyatakan dalam sebut harga.
8. Kerahsiaan
Kami merahsiakan maklumat perniagaan dan data klien yang kami terima semasa projek, dan hanya menggunakannya untuk tujuan projek.
9. Had liabiliti
Liabiliti kami bagi sesuatu projek tidak melebihi jumlah yang telah dibayar oleh klien untuk projek tersebut. Kami tidak bertanggungjawab atas kerugian tidak langsung, termasuk kehilangan keuntungan atau data.
10. Penamatan
Mana-mana pihak boleh menamatkan projek dengan notis bertulis. Klien perlu membayar kerja yang telah disiapkan sehingga tarikh penamatan. Deposit tidak dikembalikan setakat nilai kerja yang telah dibuat.
11. Undang-undang
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
12. Hubungi kami
Emel: [email protected] · WhatsApp: @akaratechmy